BISNES & EKONOMI

Ayam Brand perkenal pes masakan 50g, mudahkan penyediaan hidangan harian

KUALA LUMPUR – Kesibukan rutin harian yang semakin mencabar menyebabkan ramai rakyat Malaysia mencari cara lebih mudah untuk menyediakan hidangan keluarga tanpa menjejaskan rasa dan kualiti masakan.

Menyedari keperluan itu, Ayam Brand memperkenalkan konsep masakan mudah menerusi pelancaran rangkaian baharu pes masakan sedia guna bersaiz 50 gram (g) yang direka untuk memudahkan penyediaan hidangan harian.

Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, makanan sentiasa menjadi medium yang menyatukan insan sama ada melalui hidangan ringkas di rumah atau ketika meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

“Dengan Pes Masakan 50g baharu ini, kami berharap dapat membantu rakyat Malaysia menjadikan masakan harian lebih mudah disediakan, selain menikmati hidangan kegemaran yang enak dan mengekalkan rasa asli,” katanya.

Rangkaian pes tersebut ditawarkan dalam empat pilihan iaitu Pes Mee Goreng, Pes Nasi Goreng, Pes Bihun Goreng dan Pes Tom Yum yang merupakan antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia.

Setiap pes dihasilkan daripada campuran herba dan rempah ratus sebenar yang pekat bagi menghasilkan rasa serta aroma yang kaya dalam setiap hidangan.

ayam brand
Rangkaian pes masakan Ayam Brand dihasilkan daripada campuran herba dan rempah ratus sebenar, tanpa bahan pengawet serta disahkan halal.

Tanpa bahan pengawet dan disahkan halal, produk itu mencerminkan komitmen Ayam BrandTM dalam menyediakan ramuan yang bersih serta berkualiti kepada pengguna.

Dengan hanya satu pek, pengguna mampu menyediakan hidangan yang konsisten dari segi rasa, seolah-olah memiliki “rahsia chef dalam pek” di dapur sendiri.

Direka khas untuk memenuhi gaya hidup masa kini, Pes Masakan Ayam Brand menawarkan kemudahan dalam menyediakan hidangan lazat dengan persediaan minimum.

Saiz 50g yang praktikal turut membantu pengguna mengawal kuantiti hidangan dengan lebih baik sekali gus mengurangkan lebihan bahan masakan dan pembaziran di dapur.

Selain itu, pes berkenaan juga bersifat versatil dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan mengikut kreativiti pengguna, sama ada untuk hidangan ringkas selepas waktu bekerja mahupun sajian istimewa pada hujung minggu.

Dengan warisan lebih 130 tahun, Ayam BrandTM terus menjadi antara jenama pilihan isi rumah di Malaysia menerusi penawaran produk berkualiti dan komitmennya dalam menjadikan makanan mudah disediakan serta dinikmati oleh semua.

Pes Masakan Ayam Brand kini boleh didapati di pasar raya terpilih di seluruh negara serta menerusi kedai rasmi Ayam Brand di Shopee Malaysia dan Lazada.

Pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai resipi menarik menerusi laman sesawang Ayam Brand serta mengikuti akaun media sosial rasmi jenama itu untuk inspirasi masakan harian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button