Ayam Brand perluas rangkaian Ayam Carik dengan tiga perisa baharu
KUALA LUMPUR – Ayam Brand memperluaskan pilihan Ayam Carik dengan memperkenalkan tiga perisa baharu iaitu Sos Teriyaki, Sos Gochujang Korea Pedas dan Lada Hitam, menjadikan rangkaian itu kini mempunyai lima pilihan perisa.
Ketua Jualan Ayam Brand, Loke Wing Hoong berkata, peluasan rangkaian itu bertujuan memenuhi keperluan pengguna masa kini yang mahukan hidangan mudah disediakan tanpa mengorbankan rasa.
Menurutnya, Ayam Carik menawarkan isi ayam carik lembut yang boleh dipadankan dengan pelbagai hidangan, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menyesuaikannya mengikut cita rasa masing-masing.
“Produk berkenaan direka bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini yang mengutamakan hidangan mudah disediakan tanpa mengorbankan rasa dengan isi ayam carik yang lembut sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis hidangan bergantung kepada kreativiti pengguna.
“Ayam Carik Sos Teriyaki menawarkan gabungan rasa manis dan savuri yang sesuai dinikmati bersama nasi, mi, roti atau dijadikan inti sandwic, manakala
Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas pula menampilkan cita rasa Korea dengan sentuhan pedas yang menyelerakan,” katanya.
Baca juga : Ayam Brand perkenal pes masakan 50g, mudahkan penyediaan hidangan harian
Pelancaran rasmi rangkaian Ayam Carik berkenaan berlangsung di Jaya Grocer, Sunway Pyramid, semalam, bersempena roadshow selama enam hari bermula 1 hingga 6 September ini.
Sepanjang tempoh berkenaan, pengunjung berpeluang mencuba produk baharu itu selain mendapatkan inspirasi untuk menikmati Ayam Carik dalam pelbagai sajian harian.
Sementara itu, Ayam Carik Lada Hitam menggunakan lada hitam dari Sarawak yang terkenal dengan aroma dan rasanya yang lebih terserlah, sekali gus memberikan sentuhan berempah kepada hidangan harian.
Dengan lebih banyak pilihan perisa, Ayam Carik boleh dinikmati dalam pelbagai hidangan termasuk sandwic, burger, nasi, mi dan salad, selain sesuai dijadikan sajian ringkas, bekal ke pejabat atau sebahagian daripada hidangan harian.

Dalam pada itu, Ayam Brand berkata, pengenalan tiga perisa baharu tersebut mencerminkan komitmen berterusannya dalam menawarkan produk yang menepati gaya hidup moden.
Ayam Carik sesuai dinikmati di rumah, dibawa sebagai bekal ke pejabat atau dijadikan pilihan hidangan pantas, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Sepanjang roadshow di Jaya Grocer, Sunway Pyramid, pengunjung boleh menikmati sesi pensampelan produk, aktiviti interaktif serta mendapatkan ganjaran pembelian eksklusif.
Bagi pembelian RM20 dan ke atas, termasuk sekurang-kurangnya satu tin Ayam Carik Ayam Brand, pelanggan akan menerima beg makan tengah hari eksklusif Ayam Brand secara percuma.
Pelanggan yang berbelanja RM30 dan ke atas, termasuk sekurang-kurangnya satu tin Ayam Carik Ayam Brand, pula akan menerima beg makan tengah hari tersebut dan berpeluang menyertai Stack Challenge untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Dengan penambahan tiga perisa baharu itu, Ayam Brand berharap Ayam Carik dapat menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mahukan hidangan mudah, versatil dan penuh rasa, yang kini boleh didapati di Jaya Grocer serta cawangan terpilih di seluruh negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







