Dari utara ke selatan: Bufet Ramadan MiCasa All Suite Hotel bawa cita rasa desa ke meja anda
KUALA LUMPUR – Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi, MiCasa All Suite Hotel mempersembahkan bufet Ramadan dengan tema ‘Icip Icip Desa’, yang menawarkan hidangan tradisional dari utara dan selatan tanah air.
Disediakan khas oleh Chef Adrian, MiCasa All Suite Hotel menampilkan pelbagai hidangan klasik yang hanya mengandungi bahan-bahan terbaik, sekali gus membawa pengunjung merasai keunikan makanan cita rasa tempatan.
Menurut Chef Adrian, antara menu utama yang disediakan termasuk sup ekor, Lautan Seafood dan kambing panggang yang disediakan bersama pelbagai sos istimewa.
“Antara juadah menarik yang bakal disajikan, kerisik kulit timun, nasi ambeng, nasi ulam ayam percik, asam pedas tetel, itik salai dan masak lemak cili api.
“Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis kuih Melayu, 10 jenis jeruk, pengat pisang dan nangka, cendol, teh tarik dan pelbagai air balang,” katanya dalam satu kenyataan.



Lebih menarik, MiCasa All Suite Hotel turut menyediakan stesen di mana chef akan memasak hidangan secara langsung di hadapan pengunjung untuk memastikan hidangan disajikan dalam keadaan segar.
“Dengan cara ini, ia akan memberikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk pengunjung melihat sendiri bahan-bahan yang berkualiti digunakan untuk juadah berbuka puasa,” jelasnya.
Dalam pada itu, MiCasa All Suite Hotel turut komited untuk menyediakan persekitaran yang mesra dan selesa buat para pengunjung menikmati hidangan bufet Ramadan.

Tawaran bufet Ramadan di MiCasa All Suite Hotel boleh didapati bermula 7 Mac hingga 23 Mac depan dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Bagi mereka yang ingin melakukan tempahan awal, MiCasa All Suite Hotel berbesar hati untuk menawarkan diskaun eksklusif (early bird) sehingga 28 Februari ini pada harga RM109 bagi dewasa, manakala RM95 untuk warga emas dan kanak-kanak.
Untuk tempahan berkumpulan, perjumpaan besar dan pembelian voucer boleh berhubung dengan jabatan jualan MiCasa All Suite Hotel di talian 03-2179 8181 atau email ke infokul@micasahotel.com.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








