BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Ahmad’s Fried Chicken perkenal menu Golden Chicken sempena Ramadan

KUALA LUMPUR – Ahmad’s Fried Chicken secara rasmi melancarkan menu terbaharu, Golden Chicken, bersempena sambutan Ramadan menerusi kempen khas “Ramadan at Ahmad’s” yang membawa tema “Untuk Dikongsi Bersama”.

Dalam satu kenyataan, Ahmad’s Fried Chicken memaklumkan Golden Chicken diperkenalkan sebagai ayam sekor istimewa yang direka khusus untuk dinikmati bersama keluarga, ditawarkan pada harga RM29.90 bagi setiap ayam.

Selain itu, combo ayam seekor berharga RM49.90 turut disediakan, lengkap dengan ayam, empat nasi butter dan empat minuman Lemon Cola.

Pelancaran tersebut turut menandakan permulaan kempen Ramadan at Ahmad’s yang menawarkan pengalaman makan lengkap sepanjang bulan Ramadan, daripada berbuka puasa, moreh sehinggalah sahur.

“Sepanjang kempen itu, pelanggan boleh menikmati tiga tawaran utama iaitu Iftar at Ahmad’s, Moreh at Ahmad’s dan Sahur at Ahmad’s.

“Bagi Iftar at Ahmad’s, pelanggan berpeluang berbuka puasa dengan Golden Chicken, hidangan ayam sekor yang sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Moreh at Ahmad’s pula menampilkan Mad Sausage sebagai pilihan snek ringkas dan mengenyangkan selepas solat tarawih,” menurut kenyataan itu.

chicken
Golden Chicken, menu ayam sekor istimewa yang direka untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan, dilancarkan oleh Ahmad’s Fried Chicken sempena kempen Ramadan.

Sementara itu, Sahur at Ahmad’s menawarkan empat menu utama khas yang disediakan bagi memberi tenaga dan kemudahan kepada pelanggan yang bersahur, bergantung kepada lokasi cawangan.

Kempen Ramadan at Ahmad’s akan bermula 1 Ramadan 2026 iaitu 19 Februari ini dan ditawarkan di cawangan terpilih seluruh negara.

Sepanjang bulan Ramadan, waktu operasi Ahmad’s akan disesuaikan bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan premis dibuka bermula pukul 3 petang, manakala cawangan akan ditutup antara pukul 3 pagi hingga 5 pagi, bergantung kepada lokasi.

Terdahulu, majlis pelancaran Golden Chicken dirasmikan oleh pengasas Ahmad’s, Lailatul Sarahjanna dalam satu majlis yang penuh dengan kemeriahan, sejajar dengan tema perkongsian yang diketengahkan.

Sebagai rekod, Ahmad’s Fried Chicken merupakan jenama makanan segera tempatan yang menampilkan pendekatan baharu dalam industri makanan dan minuman (F&B) Malaysia dengan fokus kepada kualiti, inovasi serta nilai kebersamaan, sekali gus menjadikan setiap hidangan lebih bermakna untuk dinikmati bersama.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Golden Chicken dan kempen Ramadan at Ahmad’s boleh mengunjungi outlet terdekat atau mengikuti saluran rasmi jenama itu di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button