Nafesa tampilkan Noor Kumalasari jadi ikon utama koleksi tudung premium
KUALA LUMPUR – Keyakinan terhadap potensi pasaran fesyen Muslimah mendorong Saudagaar Asia Sdn. Bhd. (Saudagaar Asia) melancarkan koleksi tudung pertama mereka, sekali gus menandakan kemasukan rasmi syarikat itu ke dalam segmen fesyen.
Langkah terbaharu ini memperlihatkan keberanian syarikat yang sinonim dengan kejayaan produk coklat premium jenama Choco Albab untuk meneroka cabang perniagaan baharu, dipacu Ketua Pegawai Eksekutifnya, Said Saiful Fazli Said Aluwi.
Said Saiful berkata, pengenalan koleksi tudung berkenaan menjadi permulaan kepada pelan lebih besar yang merangkumi penghasilan tudung bawal eksklusif, shawl, sejadah dan pelbagai produk lain bagi memenuhi permintaan pengguna wanita.
“Kami sasarkan jualan sehingga RM10 juta tahun depan daripada jualan tudung, malah melihat segmen tersebut bakal menyumbang antara 20 hingga 30 peratus kepada jumlah hasil syarikat pada masa depan,” katanya pada majlis pelancaran koleksi itu baru-baru ini.

Koleksi berkenaan yang dinamakan Nafesa mengangkat imej wanita moden yang berkarisma, profesional dan berdikari, dengan rekaan yang mengekalkan unsur elegan dan tidak lapuk dek zaman.
Lebih menarik, pemilihan ikon legenda, Noor Kumalasari, sebagai Nafesa Première Showcase Muse turut menguatkan identiti koleksi tersebut apabila pesona dan aura beliau dianggap tepat dalam menggambarkan gabungan warisan klasik dan sentuhan moden yang ingin dibawa oleh jenama itu.
Said Saiful Fazli menjelaskan, nama Nafesa diinspirasikan daripada nama ibunya, Naveesof, sebagai penghargaan terhadap sifat lembut, tabah dan nilai seorang wanita yang dianggap begitu berharga dalam hidupnya.

Mengambil ilham daripada seni bina Istana Alhambra di Granada, Sepanyol, syarikat turut memperkenalkan koleksi The Alhambra Monogram yang menggunakan fabrik satin premium yang ringan, tidak jarang, mudah dibentuk dan selesa dipakai.
Koleksi tersebut menampilkan cetakan halus dengan pilihan warna yang sesuai untuk wanita Asia serta mengekalkan konsep timeless yang tidak terikat kepada trend sementara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








