JENAYAH & MAHKAMAH
SPRM cari bekas pegawai khas Rafizi
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan penganalisis politik, James Chai, supaya menghubunginya.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, James atau nama penuhnya Chai Jin Shern, merupakan bekas pembantu kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan sedang dikesan bagi membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya supaya menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Hafidz Abd Halim di talian 0175046503.
“Alamat terakhir Chai yang diketahui ialah di No. 10, Jalan Nikel 7/26A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor,” kata kenyataan itu, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






