JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu rempuh veteran komando, anak disahkan miliki kad OKU

PADANG BESAR – Pemandu kereta yang disyaki merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan Tok Kayaman, Beseri, di sini kelmarin, disahkan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Sarih Salleh, lelaki berusia 33 tahun itu, bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana kecederaan serius akibat kemalangan itu.

“Pemandu kereta itu memang mempunyai kad OKU mental, namun kami akan menyiasat lebih lanjut dengan pihak hospital mengenai status kesihatannya pada waktu ini.

“Lelaki itu juga masih menerima rawatan di hospital. Sekiranya ada kewajaran, kita akan membuat tangkapan selepas dia sembuh,” katanya dalam laporan HM Online, hari ini.

Sarih kemudiannya berkata, pihak HTF akan dirujuk semula bagi memastikan sama ada lelaki berkenaan berada dalam keadaan waras atau tidak ketika memandu.

Kelmarin, seorang veteran komando tentera maut manakala anaknya parah selepas motosikal dinaiki dirempuh oleh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Tok Kayaman, Beseri, Padang Besar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button