LUAR NEGARA

15 maut trem Gloria rempuh bangunan

LISBON – Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 18 lagi tercedera apabila trem Gloria yang menjadi simbol pelancongan bandar ini tergelincir lalu merempuh sebuah bangunan, semalam.

Laporan The Guardian menyebut, kemalangan itu berlaku pukul 6.15 petang (waktu tempatan) di laluan landasan curam berhampiran Liberty Avenue, di sini.

“Satu tragedi yang tidak pernah berlaku di bandar kita,” kata Datuk Bandar Lisbon, Carlos Moedas.

Semua mangsa telah dikeluarkan daripada bangkai trem berkenaan.

Pasukan penyelamat mengesahkan angka korban seramai 15 maut dan 18 cedera, bagaimanapun butiran identiti mangsa masih belum diperoleh.

Susulan kejadian, pihak berkuasa mengisytiharkan Khamis (hari ini) sebagai hari berkabung negara.

Imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan detik-detik sejurus selepas kejadian, dengan trem tersebut remuk sepenuhnya dipercayai akibat menghentam tembok bangunan.

Sebuah lagi trem terhenti beberapa meter sahaja dari lokasi kejadian di atas landasan ketika pelancong dan orang ramai hanya mampu memerhati dalam keadaan terkejut.

Saluran televisyen SIC yang memetik kenyataan seorang saksi yang berkata trem yang mampu membawa kira-kira 40 orang itu merempuh bangunan ketika menuruni jalan curam “dengan kelajuan penuh.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button