
Lelaki maut kereta Lamborghini terbakar
BENTONG – Seorang lelaki maut selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbakar dalam satu kemalangan di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.06 pagi.
Berikutan itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh kira-kira 26 kilometer.
“Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peraturan kebakaran kira-kira 100 peratus.
“Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera dilaksanakan selain operasi mengeluarkan mangsa.
Jelasnya, pemandu yang tersepit telah disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








