Kereta terjunam ke dalam sungai, jumlah mangsa belum dikenal pasti
MUAR – Sebuah kereta dilaporkan terjunam ke dalam Sungai Panchor, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Norshuhada Amsari berkata, pihaknya belum dapat memastikan berapa ramai yang berada dalam kereta jenis Proton Saga itu berikutan pelbagai versi diterima daripada orang awam.
“Daripada maklumat awal orang awam, mereka nampak kereta itu meluru ke dalam sungai. Pada mulanya kereta itu timbul dan orang awam dengan pantas cuba membantu termasuk memecahkan cermin kereta.
“Namun, tidak lama kemudian, kereta itu tenggelam. Memang ada mangsa dalam kereta itu tapi kita tidak tahu berapa orang,” katanya, hari ini.
Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 2.40 petang tadi dengan orang ramai yang menyaksikan insiden itu cuba membantu, namun kereta terbabit tenggelam ke dasar sungai.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 44 saat menunjukkan sebuah bot dinaiki dua lelaki dipercayai nelayan cuba menarik kereta yang mula tenggelam ke dalam sungai.
Kejadian itu turut disaksikan penduduk setempat yang berkumpul di kawasan tepi sungai berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







