BERITA SEMASA

Sangat menyayat hati, PM ucap takziah kepada keluarga penuntut UiTM yang maut dirempuh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga tiga pelajar UiTM Dungun yang meninggal dunia pada malam tadi.

“Kes yang sangat menyayat hati dan saya sendiri terkesan akan kejadian itu,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Anwar turut mendoakan agar keluarga mangsa diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini serta berharap agar keadilan dapat ditegakkan.

“Semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini dan mendapat keadilan yang sewajarnya,” katanya lagi.

Sebelum itu, kemalangan kira-kira pukul 7.20 malam di Dungun melibatkan empat pelajar yang menunggang dua motosikal telah dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita, meragut tiga nyawa semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button