JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut akibat tersepit di bawah kenderaan sedang diselenggara

MIRI – Seorang lelaki ditemukan maut selepas tersepit ketika menjalankan kerja penyelenggaraan ke atas sebuah kereta di sebuah bengkel, di sini pagi tadi.

Mangsa, Jacky Huang Nai Kuei disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di bawah sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang sedang diselenggara.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dengan kekuatan empat anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dihantar ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 11.03 pagi tadi.

“Setibanya di tempat kejadian, komander operasi PBK II Abdul Rahman melaporkan bahawa seorang lelaki didapati tersepit di bawah kenderaan.

“Anggota bertindak menggunakan peralatan khas penyelamat (rescue tool – RTA) bagi mengeluarkan mangsa dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di tempat kejadian.

Jasad mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca kejadian masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button