LUAR NEGARA

Penyelam tentera Maldives maut ketika operasi cari jasad penyelam Itali

MALE, Maldives – Seorang penyelam tentera Maldives maut ketika terlibat dalam operasi mencari jasad lima rakyat Itali yang terkorban ketika kemalangan selaman skuba di Vaavu Atoll, di sini semalam.

Menurut BBC, Staf Sarjan Mohamed Mahdhee dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya.

BACA JUGA:
Lima warga Itali maut ketika selam skuba di Maldives

Khamis lepas, lima rakyat Itali maut ketika cuba meneroka gua pada kedalaman kira-kira 50 meter di Vaavu Atoll, di sini.

Setakat ini, jasad salah seorang daripada mereka dikatakan berjaya ditemukan di dalam gua pada kedalaman sekitar 60 meter.

Insiden itu dipercayai merupakan kemalangan selaman tunggal paling buruk pernah berlaku di negara kecil Lautan Hindi itu, yang terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana gugusan pulau karangnya.

Presiden Maldives, Mohamed Muizzu turut ke lokasi kejadian semalam bagi meninjau operasi mencari dan menyelamat.

“Lapan penyelam penyelamat turun ke dalam air hari ini (semalam). Apabila mereka timbul semula, mereka menyedari Mahdhee tidak naik bersama,” kata jurucakap kerajaan Maldives, Mohamed Hossain Shareef.

Penyelam lain segera turun semula ke dalam air sebelum menemukan Mahdhee dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Tentera Maldives menyifatkan operasi itu sebagai berisiko sangat tinggi berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button