BERITA SEMASA

PRN Negeri Sembilan: 91.06 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEREMBAN – Sebanyak 91.06 peratus pengundi bersamaan 14,995 anggota tentera, anggota polis dan pasangan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, hari ini.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus, 38 pusat mengundi awal dibuka di seluruh Negeri Sembilan bermula pukul 8 pagi tadi.

“Sebanyak 18 pusat pengundian awal ditutup pukul  12 tengah hari, dua pusat ditutup pukul 2 petang dan 18 pusat ditutup pukul 5 petang tadi.

“Seramai 16,467 anggota tentera dan pasangan serta anggota polis layak untuk mengundi awal dalam PRN kali ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, SPR merakamkan penghargaan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas media serta semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan diberikan kepada SPR,” katanya.

Pengundian awal membabitkan keseluruhan sebanyak 22,339 pemilih dengan 16,467 orang mengundi secara fizikal merangkumi 11,293 tentera dan pasangan serta 5,174 polis dan pasangan, manakala selebihnya mengundi secara pos.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button