BERITA SEMASA

Juruteknik maut dirempuh kereta e-hailing selepas motosikal terbabas di Kajang

­KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik maut dalam satu kemalangan di Jalan Reko, Kajang malam tadi apabila motosikalnya ditungganginya terbabas lalu tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.13 malam itu, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Semenyih dari Putrajaya.

Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh ke laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah kenderaan e-hailing dipandu lelaki berusia 52 tahun hailing tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal dan mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button