UPSI berdukacita atas kemalangan bas sewa pelajar di Gerik
KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan bas sewa khas institusi pengajian itu awal pagi tadi.
Kenyataan tersebut disampaikan melalui satu hantaran di Facebook oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff yang turut mendoakan urusan mangsa yang terlibat dipermudahkan.
Menurut laporan, seramai 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke kampus Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan di laluan Gerik-Jeli awal pagi tadi.
Menurut sumber, seramai 13 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik.
Setakat ini, difahamkan seramai tujuh mangsa berada dalam keadaan kritikal di zon merah, 20 mangsa di zon kuning dan enam lagi di zon hijau.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








