
Dua pekerja asing maut tertimbus runtuhan tanah
SHAH ALAM – Dua pekerja binaan warga asing dilaporkan maut akibat tertimbus runtuhan struktur tanah dan konkrit parit ketika kerja pembinaan dekat tapak pembinaan Elmina Ridge, dekat sini hari ini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.29 pagi tadi.
Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas dan mendapati mangsa warga Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun.
“Mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ semasa melakukan kerja pembinaan longkang dan mangsa pertama dikeluarkan pada 11.12 pagi, manakala mangsa kedua pada pukul 11.35 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Difahamkan, jasad kedua-dua mangsa masih di lokasi kejadian dan akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








