Pemandu, kelindan lori tunda cedera tersepit dalam nahas tiga kenderaan
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori tunda cedera selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Terowong Jalan Loke Yew menghala ke pusat bandar, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 berhubung kejadian itu pada pukul 4.08 pagi.
Menurut kenyataan itu, seramai 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah serta BBP Pudu dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Hasil pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan dua buah lori tunda dan sebuah kereta Perodua Myvi.
“Dua mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an yang merupakan pemandu dan kelindan salah sebuah lori tunda didapati tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
JBPM berkata, operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa berjaya diselesaikan pada pukul 4.39 pagi.
Seorang daripada mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki, manakala seorang lagi cedera di bahagian kepala serta patah kaki.
“Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sedar sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans untuk menerima rawatan lanjut.
“Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.42 pagi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















