
Operasi Taman Tema Sky City sudah diarahkan berhenti – MBSA
SHAH ALAM – Operasi Taman Tema Sky City di sini, sudah diarah dihentikan berkuatkuasa Jumaat lalu.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan berkata, arahan pemberhentian itu dilaksanakan selepas pengurusan MBSA bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melawat lokasi kejadian.
“Untuk makluman, penutupan sudah dilakukan selepas lawatan turun padang oleh pengurusan tertinggi MBSA diketuai oleh Pemangku Timbalan Datuk Bandar MBSA, Madiyan Baweh; Ahli Majlis MBSA, Maizan Abdul Majid, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 31 Januari lalu jam 5.30 petang.
“Pihak i-City sudah diminta untuk menghentikan pengoperasian Sky City secara serta merta dan pemantauan secara berterusan dilakukan oleh pihak MBSA,” kata kenyataan itu, hari ini.
Dalam kejadian pada 29 Januari lalu, seorang pengunjung dilaporkan cedera selepas sebuah pelampung permainan gelungsur air kaca di taman tema itu dipercayai terjatuh lalu menimpa mangsa.
Mangsa, seorang wanita tempatan berumur 20an yang cedera menerima rawatan di sebuah poliklinik di Seksyen 16, di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment