BERITA SEMASA

Tiga beranak cedera dinding rumah runtuh

GOMBAK – Seorang bapa parah manakala isteri dan anak lelakinya cedera ringan selepas dinding rumah yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam kejadian di Jalan Sungai Pusu, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 2.35 petang.

“Kejadian melibatkan mangsa seorang lelaki berumur 35 tahun, wanita, 30, dan kanak-kanak lelaki berumur dua tahun.

“Dinding rumah yang dalam pembinaan dipercayai runtuh sebelum menghempap kesemua mangsa terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamadul Ehsan menambah, seorang mangsa cedera parah manakala dua lagi mangsa cedera ringan.

“Pihak bomba memberi rawatan awal kepada semua mangsa terlibat sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button