BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Penumpang wanita maut, kereta e-hailing terbabas di Puchong

PUCHONG – Seorang penumpang wanita berusia 19 tahun maut selepas kereta e-hailing yang dinaikinya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Puchong Batu 14, berhampiran stesen minyak BHP Kampung Baru Puchong, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, dua lelaki termasuk pemandu e-hailing berusia 49 tahun dan seorang lagi penumpang berusia 21 tahun mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bersama sebuah jentera FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.15 malam.

“Setibanya di lokasi pada pukul 10.24 malam, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat tiga mangsa di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, penumpang wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala dua mangsa lelaki yang cedera ringan dibawa untuk rawatan lanjut.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button