Angka kemalangan meningkat – Anthony
KUALA LUMPUR – Angka kemalangan jalan raya di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, dengan jumlah kes meningkat daripada 739,877 pada 2023 kepada 778,159 pada 2024.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, statistik polis menunjukkan kemalangan jalan raya meningkat 5.17 peratus pada 2024 dengan trend peningkatan itu berterusan pada 2025.
“Trend peningkatan ini berterusan apabila sebanyak 273,668 kemalangan jalan raya direkodkan bagi tempoh Januari hingga April 2026.
“Berdasarkan analisis, kereta kekal sebagai jenis kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan jalan raya, iaitu antara 60 hingga 70 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan V. Ganabatirau (PH-Klang), yang meminta data terkini bagi tempoh 2023 hingga 2026 mengenai kemalangan jalan raya dan kematian mengikut jenis kenderaan, selain jumlah kes yang berpunca daripada pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Loke berkata, kemalangan membabitkan motosikal juga terus meningkat dengan kadar kenaikan tahunan purata sebanyak 5.83 peratus.
Beliau berkata, walaupun jumlah kemalangan motosikal lebih rendah berbanding kemalangan membabitkan kereta, impaknya jauh lebih serius apabila kematian penunggang motosikal menyumbang lebih 65 peratus daripada keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















