Aerotrain KLIA dinaik taraf selepas 20,000 jam operasi
SEPANG – Selepas mencatat 20,000 jam operasi berterusan, perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani naik taraf perisian secara dua fasa bermula hari ini bagi memperkukuh ketahanan operasi sistem dan prestasi jangka panjangnya.
Malaysia Airports dalam kenyataan berkata, kerja naik taraf itu dimulakan selepas Aerotrain berjaya melengkapkan tempoh operasi berkenaan.
“Fasa pertama iaitu Ujian Lapangan akan dilaksanakan dari 8 hingga 17 Oktober ini, melibatkan pemasangan serta pengujian kemas kini perisian dalam keadaan operasi sebenar bagi mengesahkan prestasi dan fungsi sistem.
“Hasil ujian berkenaan kemudiannya akan melalui penilaian keselamatan secara bebas sebelum kemas kini perisian itu digunakan secara kekal.
“Keputusan ujian kemudiannya akan melalui penilaian keselamatan menyeluruh secara bebas,” katanya dalam kenyataan sama.
Menurut Malaysia Airports, fasa kedua iaitu Pelaksanaan dijadual berlangsung dari 28 November hingga 1 Disember 2026, tertakluk kepada hasil penilaian keselamatan berkenaan.
Fasa itu membabitkan pemasangan kekal perisian yang dinaik taraf pada sistem Aerotrain.
“Perkhidmatan Aerotrain juga akan dihentikan sementara pada waktu kejuruteraan standard di luar waktu puncak, iaitu dari 12 tengah malam hingga 5 pagi sepanjang kerja berkenaan dijalankan.
“Bagi memastikan kelancaran pemindahan penumpang antara Terminal Utama dan Bangunan Satelit, perkhidmatan bas sepe
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








