BERITA SEMASA

SPRM kesan agen disyaki minta habuan selesaikan kes pelancong asing disekat masuki negara

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan berjaya mengenalpasti individu disyaki menjadi agen dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes melibatkan pelancong asing yang tidak dapat memasuki Malaysia kerana tidak memenuhi syarat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Laporan Harian Metro yang memetik sumber berkata, SPRM sedang giat mengesan individu tersebut.

“Kami sedang giat mengesan individu yang merupakan agen yang dikatakan meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit,” kata sumber itu kepada Harian Metro.

Sumber tersebut menambah, setakat ini tiga keterangan saksi termasuk Menteri yang terlibat dan dua orang saksi utama warga China sudah diambil pihak SPRM.

“Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara ini, hari ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat dibawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Beliau mengesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button