BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

SPRM teliti dakwaan isu naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat berhubung proses penilaian dan pelaksanaan kerja naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan, semalam.

SPRM menerusi Bahagian Komunikasi Strategik memaklumkan, perkara itu kini dalam perhatian suruhanjaya berkenaan untuk siasatan serta tindakan lanjut termasuk penelitian terhadap maklumat dan dokumen berkaitan yang diterima.

Menurut SPRM, pihaknya memandang serius sebarang dakwaan yang mempunyai unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan kepentingan awam serta perolehan kerajaan.

“SPRM mengalu-alukan kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan bagi memastikan proses penelitian dapat dijalankan secara menyeluruh dan profesional,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam masa sama, SPRM menyeru mana-mana pihak yang tampil menyalurkan maklumat berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak lain.

Menurut SPRM, langkah itu penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat selain memastikan proses tindakan lanjut tidak terjejas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button