Tun M setuju individu berpangkat ‘Tun’ juga perlu disiasat, ditahan reman
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju mereka yang mempunyai darjah kebesaran berpangkat ‘Tun’ juga perlu disiasat sekiranya gagal menjelaskan sumber kekayaan mereka.
Menurut Dr Mahathir, aset mereka juga perlu disita sekiranya gagal membuat penjelasan mengenai harta tersebut.
“Mereka yang berpangkat Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka perlu ditahan reman sehingga mereka mendedahkan punca kekayaan mereka. Jika tidak, ia bermaksud mereka menyembunyikan sesuatu.
“Rasuah perlu dihapuskan sama sekali. Jika Peguam Negara berpandangan dakwaan itu bersifat politik, maka menjadi hak Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan. Pasport perlu dipulangkan kerana ini adalah hak Peguam Negara. Mahkamah tidak boleh personal keputusan Peguam Negara.
“Adalah tidak penting untuk memperoleh dokumen bagi salah laku tersebut dan dengan syak wasangka sahaja sudah mencukupi,” kata Dr Mahathir dalam satu ciapan di X hari ini.
Media sebelum ini melaporkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.
Dalam ciapan yang sama, Dr Mahathir turut menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang kepada undang-undang dan pesalah pertama mesti menerima tindakan penuh undang-undang.
“Jika hukuman sebat itu wajib, maka pesalah perlu disebat. Undang-undang Malaysia adalah yang peraturan tertinggi. Kita semua perlu patuh kepadanya,” katanya lagi
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








