BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Projek lebuh raya RM6 bilion, COO disambung reman tiga hari

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung tahanan reman seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) berhubung projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah sambungan reman selama tiga hari bermula esok sehingga 22 Julai ini.

Ini berikutan tempoh asal reman suspek akan tamat hari ini.

Dalam pertuduhan kes, suspek disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000 dalam pembinaan projek lebuh raya

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia sekitar 50-an ditahan kira-kira jam 8 malam pada Isnin lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 16 Julai lalu dan perintah reman selama empat hari sehingga hari ini telah dikeluarkan oleh majistret sama.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima rasuah berjumlah melebihi RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 billion,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman tersebut.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, media melaporkan, SPRM menahan reman beberapa individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga pegawai syarikat konsesi lebuh raya kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button