BERITA SEMASA

Setiausaha sulit Menteri Sumber Manusia ditahan SPRM

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik laporan Utusan Online, setiausaha sulit menteri terbabit ditahan SPRM kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan mereka dibenarkan menahan reman wanita terbabit selama empat hari.

Memetik sumber tidak didedahkan, portal itu memberitahu pegawai berkenaan akan ditahan sehingga Isnin depan bagi membantu siastaan.

Semalam SPRM menahan seorang pegawai kanan Sivakumar, selain seorang ahli peniaga dari Ipoh berkaitan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Penahanan terbaharu hari ini menjadikan dua pegawai kanan Ahli Parlimen Batu Gajah itu disiasat agensi penguat kuasa berkenaan.

Difahamkan siasatan SPRM bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button