Polis tahan 12 lelaki dipercayai terlibat ‘serbu’ pusat hiburan
KUALA LUMPUR – Polis sudah menahan 12 lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk, Fadil Marsus, pihaknya juga membuat permohonan reman bagi membantu siasatan.
Menurutnya beberapa kenderaan yang terbabit dalam kes berkenaan turut berjaya dirampas.
“Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.30 tengah hari apabila sekumpulan lelaki terbabit bertindak merempuh pintu pagar premis menggunakan sebuah lori.
Mereka kemudian menceroboh masuk ke dalam pusat hiburan berkenaan.
Suspek turut melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan barangan di dalam premis itu.
Video kejadian turut menjadi tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan antara netizen.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





