JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki positif empat jenis dadah

CYBERJAYA – Polis Sepang menahan seorang lelaki yang bertindak agresif memecut laju setelah enggan memberhentikan keretanya apabila diminta, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lebih mengejutkan apabila saringan air kencing turut mendapati suspek positif empat dadah jenis Methamphetamine, Amphethamine (AMP), Benzodiazepines dan Tetra Hydrocannibol (THC).

“Kenderaan dipandu suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan di jalan Cyberjaya – Dengkil, ketika kereta peronda polis (MPV) mengadakan rondaan kira-kira jam 9.30 malam tadi.

“Anggota polis MPV kemudian mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan bagi pemeriksaan. Namun suspek engkar dan bertindak memecut lari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya, anggota polis bertindak mengejar kereta suspek sehingga ke Jalan Kita Impian, Cybersouth, Dengkil.

“Berlaku pelanggaran dengan kenderaan dipandu suspek sebelum lelaki berusia 29 tahun itu berjaya diberkas,” katanya.

Wan Kamarul Azran kemudian berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2, 000 atau kedua-duanya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button