Siasatan kematian pelajar kolej, polis rakam keterangan 19 individu
SUBANG JAYA – Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar kolej yang ditemukan mati di rumahnya di USJ 2/1, dekat sini minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, antara yang dipanggil memberikan keterangan termasuk ahli keluarga mangsa, rakan-rakan serta saksi lain yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan.
“Setakat ini, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Laporan media sebelum ini menyebut, mangsa berusia 20-an itu ditemukan bapanya di ruang tamu tingkat dua rumah berkenaan, 14 Ogos lalu.
Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi Hospital Serdang mengesahkan punca kematian adalah pendarahan di sekitar tulang hyoid di bahagian leher.
Polis percaya seorang individu yang dikenali mangsa mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






