JENAYAH & MAHKAMAH

Polis terus jejaki suspek pembunuhan pemastautin tetap

SHAH ALAM – Polis masih meneruskan usaha memburu suspek utama kes pembunuhan seorang lelaki pemastautin tetap warga India di Pusat Bandar Puchong, dekat sini.

‎Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, enam lelaki warga India yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau memberitahu, kesemua individu yang merupakan rakan serumah kepada suspek utama dibebaskan selepas rakaman keterangan selesai dijalankan.

‎”Setakat ini, keterangan yang diperoleh susulan tangkapan dijalankan tidak membantu siasatan memastikan sama ada suspek yang terlibat.

“Justeru, enam individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis sehingga lain-lain keterangan diperolehi,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

‎Tambahnya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dengan sebarang perkembangan akan dimaklumkan nanti.

“Siasatan masih aktif. Insya Allah, kami percaya dalam waktu terdekat akan dapat maklumat penglibatan suspek utama (seterusnya membawa penangkapannya),” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang lelaki warga India ditemui tidak sedarkan diri di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong.

Mangsa berusia 49 tahun itu difahamkan bekerja sebagai juruelektrik dan telah menetap 19 tahun di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button