
Penjawat awam ditahan SPRM, disyaki terima suapan RM10,000
SEREMBAN – Seorang penjawat awam ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM10,000 sebagai dorongan untuk menguruskan permohonan tanah di sini.
Menurut sumber, suspek yang berusia sekitar 30-an itu ditahan pada sekitar pukul 6 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Susulan penahanan tersebut, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah Seremban pagi tadi.
“Majistret Syed Mohd Farid Syed Ali mengeluarkan perintah reman selama tujuh (7) hari bermula hari ini sehingga 17 Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, siasatan awal menunjukkan suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada sekitar Jun 2023.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut
Beliau menyatakan bahawa kes itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







