SPRM bebas siasat KDN – Saifuddin Nasution
PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menyiasat mana-mana individu daripada agensi dibawah kementeriannya.
Katanya, SPRM sentiasa diberi akses untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana agensi di bawah kementerian itu.
“Saya tak akan memberi sebarang komen lebih daripada pertama benarkan SPRM menjalankan tugas mereka dan buat saya di peringkat sebagai Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), sama ada pegawai di pejabat KDN atau mana-mana agensi, SPRM ada 25 jam sehari untuk masuk dan menyiasat.
“Lakukanlah tugas mereka sesuai dengan tanggungjawab mereka, itu pendirian yang saya akan ambil dan saya konsisten dengan pendirian itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pda sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di Dewan Setia Perkasa, di sini hari ini.
SPRM dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pihaknya sedang menyiasat tiga individu didakwa dari KDN berhubung Op Outlander.
Ketiga-tiga individu itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan urusan mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).
Kata SPRM, kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








