Dua penghuni PUSPEN Dengkil larikan diri berjaya ditahan semula
SEPANG – Dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil yang dilaporkan melarikan diri Khamis lalu, berjaya ditangkap semula.
Menurut Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh, kedua-dua lelaki itu berjaya ditahan secara berasingan, kelmarin dan semalam, lapor Buletin TV3.
“Kedua-duanya dibawa ke Puspen Dengkil semula dan dalam masa terdekat mereka akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan perundangan,” katanya, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial hantaran dan gambar dua lelaki dipercayai tahanan PUSPEN Dengkil yang didakwa melarikan diri.
Hantaran itu memaklumkan, kedua-dua individu berkenaan dipercayai melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan curi Nissan Frontier bernombor pendaftaran WMK 1809.
Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mior Mohd Nor Azuan Alias dilapor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi pada Khamis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



