BERITA SEMASA

MATTA Fair: KL Bird Park tawar diskaun tiket hingga 50%

KUALA LUMPUR: Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi tiket masuk sempena penganjuran MATTA Fair 2026 yang berlangsung dari 4 hingga 6 September ini.

Tawaran itu diberikan kepada pengunjung sepanjang tiga hari pameran yang akan berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Menurut KL Bird Park, promosi berkenaan merupakan peluang kepada keluarga dan pencinta alam semula jadi untuk mendapatkan pengalaman mendekati lebih 3,000 ekor burung daripada pelbagai spesies yang terdapat di taman aviari berterbuka itu.

Pengurus Perhubungan Awam KL Bird Park berkata, pihaknya mahu memanfaatkan MATTA Fair 2026 sebagai platform untuk memperkenalkan pengalaman serta tarikan yang ditawarkan kepada pengunjung.

“Kami ingin membawa pengalaman mendekati lebih 3,000 ekor burung daripada pelbagai spesies unik di dalam taman aviari berterbuka terbesar di dunia kepada lebih ramai pengunjung,” katanya.

KL Birdpark yang menawarkan pengalaman mendekati kira-kira 3,000 spsies burung dalam kurungan.

Beliau berkata, pihaknya turut melihat peluang berkenaan sebagai usaha memperkenalkan industri pelancongan dan mempromosikan industri pelancongan tempatan.

Orang ramai dijemput hadir ke reruai KL Bird Park di Booth KL Bird Park P150, Aras 1 MITEC, dari 10 pagi hingga 9 malam sepanjang pameran berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button