BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Coop @ Matta Fair perkukuh peranan koperasi, pacu industri pelancongan negara

KUALA LUMPUR – Sektor koperasi dalam bidang pelancongan, perhotelan dan rekreasi
mencatat pendapatan terkumpul sebanyak RM72 juta hasil penglibatan lebih 250 buah koperasi di seluruh negara.

Bagi memperkukuh penglibatan sektor berkenaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menganjurkan program COOP @ MATTA Fair dengan kerjasama koperasi sektor pelancongan yang disertai 20 buah koperasi.

Pengerusi Eksekutif SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) berkata, program berkenaan merupakan medan utama untuk tujuan promosi dan meneroka pasaran baharu di dalam serta luar negara.

“COOP @ MATTA Fair membuka ruang untuk koperasi membina kerjasama strategik, memperluaskan rangkaian perniagaan dan meneroka pasaran baharu di dalam serta luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada selepas meninjau program COOP @ MATTA Fair yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Noor Afifah Abdul Razak di ibu negara hari ini.

Kehadiran pelbagai agensi pelancongan, syarikat penerbangan, penyedia hospitaliti dan pelabur industri pada pameran itu menambah nilai strategik kepada usaha memperkukuh peranan koperasi dalam ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Ahmad Norihan berkata, SKM terus beriltizam memperkukuh koperasi menerusi peningkatan daya saing, pemupukan inovasi dan kecekapan pengurusan.

“Koperasi perlu mengambil peluang ini untuk membina kerjasama rentas sektor dan melonjak ke tahap lebih tinggi, selari dengan hasrat menjadikan Malaysia destinasi pelancongan pilihan dunia,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button