BERITA SEMASA

Surat peletakan jawatan sudah diserah kepada PM – Anthony

KUALA LUMPUR – Surat peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam dan akan berkuat kuasa pada tarikh Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan dari penjara.

Anthony berkata, beliau telah mengemukakan surat berkenaan kepada Perdana Menteri sebagai tanda pendirian berhubung perkara itu.

Menurut beliau, tarikh kuat kuasa peletakan jawatan tersebut adalah selaras dengan tarikh pembebasan Najib dari penjara, lapor Kosmo!

“Surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri semalam dan akan berkuat kuasa pada tarikh Najib keluar dari penjara,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, Loke menawarkan untuk mengemukakan peletakan jawatannya kepada Anwar dalam masa terdekat sebagai respons DAP terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan sudah menasihati Loke supaya mempertimbang semula keputusan itu dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Setiausaha Agung DAP itu bagi mendengar penjelasan rasmi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button