LUAR NEGARA

Penunggang motosikal warga Malaysia ditahan cuba seludup dadah ke Singapura

SINGAPURA – Seorang penunggang motosikal warga Malaysia ditahan selepas pihak berkuasa Singapura membongkar cubaan menyeludup hampir 11 kilogram dadah yang disembunyikan dalam bungkusan berlabel biskut komersial di Pos Kawalan Tuas, 23 September lalu.

Pihak Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan memaklumkan, ketika ditahan, lelaki berusia 32 tahun itu didapati membawa kira-kira 6,961 gram heroin, 1,116 gram metamfetamin (syabu), serta 1,032 gram ganja di dalam kotak belakang motosikal ditungganginya.

Kes berkenaan membawa kepada siasatan susulan yang membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Singapura berusia 41 tahun di Tampines Street 83 pada hari yang sama.

Pemeriksaan di kediamannya menemukan 790 gram heroin, 602 gram ganja, 127 gram metamfetamin, 51 gram pil ekstasi, dan 21 gram ketamin, serta wang tunai berjumlah S$33,086.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dalam kedua-dua operasi itu dianggarkan bernilai lebih S$1 juta mengikut harga pasaran.

“Jumlah heroin, metamfetamin, dan ganja tersebut berpotensi menampung ketagihan kira-kira 4,598 orang penagih selama seminggu,” kata CNB dalam kenyataan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button