BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

“Dunia ini palsu. Saya sudah menang!” – polis sahkan rampas nota terakhir suspek

SHAH ALAM – “Dunia ini palsu. Saya sudah menang!” Itu antara ayat yang tertulis dalam surat dipercayai ditulis suspek kes pembunuhan pelajar di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar pada sidang akhbar berkata, surat berkenaan dirampas ketika tangkapan dan pemeriksaan awal dilakukan terhadap suspek, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Menurut beliau, surat tersebut ditemui pada suspek dan bukan di lokasi kejadian seperti yang didakwa sebelum ini.

“Surat itu ditemui pada suspek semasa tangkapan dan bukannya di dalam tandas. Ia kini dalam siasatan pegawai penyiasat,” katanya.

Tambah Shazeli, setakat ini polis telah merekodkan 57 keterangan melibatkan pelajar sekolah, guru, ahli keluarga serta wakil kaunseling sekolah bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan turut dijalankan secara menyeluruh termasuk analisis rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan penilaian latar belakang mangsa serta suspek.

Dalam kejadian pagi semalam, seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 maut ditikam oleh pelajar lelaki Tingkatan 2 yang dipercayai bertindak demikian selepas cintanya ditolak mangsa.

Sebahagian daripada surat yang dirampas polis dari suspek selepas menikam seorang pelajar perempuan sehingga maut di sebuah sekolah di Petaling Jaya semalam.

“Siasatan peringkat awal mendapati tiada unsur buli terlibat.

Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru semua pihak termasuk sekolah serta masyarakat untuk bekerjasama memastikan keselamatan pelajar sentiasa terpelihara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button