JENAYAH & MAHKAMAH

Cubaan warga Malaysia seludup 600 karton rokok ke Singapura gagal

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura berjaya menggagalkan cubaan menyeludup lebih 600 karton dan 900 paket rokok belum dibayar duti ke Singapura selepas barangan itu ditemukan tersembunyi dalam ruang lantai kenderaan pelbagai guna (MPV) didaftarkan di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, ICA Singapura memaklumkan kenderaan itu ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands Selasa lalu.

“Pegawai ICA mengarahkan kenderaan itu menjalani pemeriksaan lanjut sebelum menemukan rokok berkenaan dan pemeriksaan pada bahagian lantai kenderaan serta bonet enjin kenderaan menemukan 600 karton dan 900 paket rokok disyaki tidak dibayar duti.

“Pemandunya, lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun, ditahan berkaitan kes itu manakala suspek dan semua barang rampasan diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

ICA berkata, pihaknya kekal komited memudahkan urusan perdagangan dan perjalanan, selain memastikan sempadan Singapura selamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button