BERITA SEMASA

Vape jadi pilihan bantu perokok berhenti merokok

KUALA LUMPUR – Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana rata-rata mereka yang mahu membuang ketagihan nikotin tersebut sering menemui jalan buntu.

Justeru itu, selain daripada menggunakan kaedah tradisional, orang ramai kini lebih cenderung menghisap vape atau rokok elektronik (e-rokok) untuk membantu mereka berhenti merokok.

Menurut Pengarah Operasi jenama e-rokok, Kardinal, Erwin Teow orang ramai beralih menggunakan vape sebagai alternatif kepada tembakau kerana jumlah nikotin yang digunakan dalam e-rokok boleh dilaraskan mengikut kuantiti tertentu.

“Sasarannya adalah untuk galakkan orang yang merokok untuk tidak berhenti terus merokok sebaliknya boleh cari alternatif lain dengan betukar kepada produk vape.

“Salah satu kelebihannya adalah kita boleh kawal pengambilan nikotin tapi rokok tidak boleh. Kita boleh ambil sikit atau ambil banyak (nikotin). Ada yang hisap 50 miligram (mg) ada yang hisap serendah 10mg bergantung kepada individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa acara rumah terbuka IlumiRaya-Kardinal’s yang diadakan di Boathouse by the Lake, di sini baru-baru ini.

Dalam acara yang sama, Kardinal memperkenalkan peranti e-rokok baharu iaitu Lumina yang tampil dengan teknologi baharu serta telah ditambah baik.

Lebih menarik, Erwin Teow berkata, produk tersebut turut didatangkan secara berasingan dengan lebih 30 lebih perisa.

“Seperti produk-produk lain, banyak yang menggunakan kapas, kami menggunakan Mesh Coil, Ceramic dan Lumina pula adalah gabungan dua bahan iaitu Mesh Coil Ceramic.

“Setiap kali orang hisap ia akan memberikan konsistensi, contohnya jumlah asap yang dikeluarkan konsisten tidak seperti produk lain yang kadang-kala mengeluarkan asap yang tidak konsisten. ada banyak ada sikit,” jelasnya.

Sementara itu, Kardinal turut memperkenalkan edisi terhad Raya Discovery Pack, eksklusif untuk musim Hari Raya dan ianya boleh ditempah di laman sesawang https://kardinalstick.com/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button