LUAR NEGARA

Maldives haramkan penggunaan, import vape

NEW DELHI – Presiden Maldives, Mohamrd Muizzu semalam mengarahkan kerajaannya untuk langkah kukuh melarang penggunaan rokok elektronik ataupun vape.

Laporan BERNAMA menyebut, pejabat Presiden telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk memulakan tindakan yang perlu bagi mengharamkan import peranti ‘vapouriser’, aksesori dan alat ganti mulai 15 Nov tahun ini.

Sementara itu, mulai 15 Dis, larangan itu akan dikenakan ke atas pemilikan, penggunaan, pembuatan, penjualan, promosi, dan pengedaran percuma peranti rokok elektronik di seluruh negara.

Langkah ini merupakan satu tindakan proaktif bagi memerangi ketagihan nikotin dan melindungi kesihatan awam.

Ramai rakyat Maldives menerusi hantaran di platform media sosial menyambut baik keputusan itu, dengan menyatakan bahawa ia akan melindungi masyarakat daripada gaya hidup yang berbahaya.

Sesetengah pihak turut mencadangkan supaya larangan lebih meluas dikenakan ke atas penggunaan tembakau dan rokok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button