Penggunaan vape dalam kalangan remaja meningkat – KKM
CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kadar penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun meningkat kepada 14.9 peratus pada tahun 2022 berbanding 9.8 peratus pada tahun 2017.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 yang dilaksanakan itu turut menyaksikan peningkatan ketara penggunaan vape dalam kalangan remaja perempuan dari 2.8 peratus pada tahun 2017 pada 6.2 peratus pada tahun 2022.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sehingga kini, penggunaan rokok elektronik telah terbukti mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya.
Untuk rekod, rokok elektronik merupakan sejenis produk merokok alaf baharu, yang mana cecair rokok elektronik yang digunakan akan dipanaskan dengan menggunakan peranti elektronik.
Antara penyakit utama yang dikesan adalah E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau Evali (penyakit kerosakan paru-paru akibat penyalahgunaan bahan terlarang dalam cecair vape).
Bahan-bahan tersebut apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.
Sehingga Jun 2023, KKM telah menerima 17 kes berkaitan Evali.
Oleh itu, KKM ingin mengingatkan semua pengguna bahawa rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat kerana memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan ia bukan satu kaedah alternatif untuk berhenti merokok.
Bagi mereka yang merokok dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik-klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








