BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Artis disiasat dakwaan gangguan seksual

PETALING JAYA – Seorang individu industri hiburan tanah air ditahan pihak polis semalam selepas dipercayai terlibat dalam insiden seksual fizikal melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah hotel sekitar Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memaklumkan dalam salah satu pertemuan tersebut, suspek didakwa telah melakukan perlakuan amang seksual terhadap mangsa di lokasi kejadian.

“Mangsa berusia 17 tahun dipercayai mengenali selebriti berkenaan ketika bekerja di sebuah kafe. Hubungan antara mereka dikatakan berlanjutan selepas beberapa kali berjumpa di luar waktu kerja.

“Kes ini melibatkan amang seksual fizikal dan siasatan awal menunjukkan perbuatan itu dilakukan ketika mereka bertemu di sebuah hotel,” katanya memetik Harian Metro.

Beliau memaklumkan, selebriti terbabit telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu proses undang-undang selanjutnya.

“Buat masa ini, kertas siasatan sedang dikemas kini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792),” tambahnya.

Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menghormati sensitiviti mangsa serta keluarga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button