BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan enam lelaki bantu siasatan kes pergaduhan di Kota Bharu

KOTA BHARU – Enam lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di Jalan Kebun Sultan, di sini, yang videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan pada pukul 3.30 petang Rabu lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, keenam-enam suspek hadir menyerah diri di IPD Kota Bharu sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau memaklumkan, semua suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad bagi membantu siasatan.

Kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku pada 23 Mei lalu dan menjadi tular selepas satu rakaman video mengenainya dimuat naik ke laman Facebook pada Isnin lalu.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian dan penglibatan individu lain, jika ada,” tambah beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button