JENAYAH & MAHKAMAH

Kemalangan maut di Pekan, pemandu pikap miliki enam rekod saman

KUANTAN – Pemandu sebuah pikap yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga individu di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam memiliki enam rekod saman termasuk dua kesalahan memotong di garisan berkembar.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zain berkata, pemandu lelaki berusia 31 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, lapor BERNAMA.

BACA JUGA:
Doktor, pegawai kanan HASiL antara tiga terbunuh kemalangan

“Polis telah ambil sampel darah dan air kencing pemandu bagi ujian toksikologi,” katanya, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Laporan media sebelum ini menyebut, nahas melibatkan tiga kenderaan kira-kira pukul 6 petang semalam itu, tiga termasuk seorang doktor dilaporkan meninggal dunia manakala enam lagi cedera.

Mereka yang maut ialah Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, yang bertugas di Hospital Segamat, Johor dan anaknya Dhea Sofia berusia dua tahun serta pegawai kanan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Cyberjaya, Selangor Azaharuddin Mohd Ali, 46.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian, sebuah pikap dari arah Kuantan menghala ke Muadzam Shah dipercayai cuba memotong sebuah lori telah terlanggar lopak air, sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan dua kenderaan dipandu pegawai perubatan dan pegawai kanan LHDN itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button