Jordi Gatell raih pujian, hormati sensitiviti agama Hakim Danish
KUALA LUMPUR – Aksi cemerlang Hakim Danish Ramli menjuarai GP Republik Czech mencipta detik manis buat Malaysia, namun turut mencuri tumpuan ialah sikap pengurus pasukannya yang menghormati sensitiviti agama di podium.
Sebelum majlis penyampaian trofi dimulakan, pengurus pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, Jordi Gatell dilihat bertindak pantas mengalihkan botol champagne yang diletakkan di kedudukan podium milik Hakim Danish.
Lebih mencuri perhatian apabila ketika sesi Champagne Shower berlangsung beberapa minit kemudian, Hakim Danish dilihat beredar lebih awal dari podium pada masa sama Gatell turut dilihat meninggalkan kawasan berkenaan bersama pelumba negara itu.
Tindakan Jordi Gatell turut mendapat perhatian ramai apabila beliau yang bukan beragama Islam tetap peka terhadap sensitiviti berkenaan, meskipun penggunaan champagne merupakan sebahagian daripada tradisi dalam sukan permotoran dunia.
Apa yang lebih mengagumkan Gatell sanggup mengetepikan aspek komersial serta kepentingan penaja demi memastikan pelumba negara itu dapat meraikan kejayaan dengan lebih selesa dan selari dengan tuntutan agamanya.
Baca juga : PM ucap tahniah kepada Hakim Danish selepas juarai GP Czech
Terdahulu, Hakim Danish menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk kembali menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di pentas Moto3, selepas kali terakhir dilakukan Khairul Idham Pawi pada musim 2016.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








