PM ucap tahniah kepada Hakim Danish selepas juarai GP Czech
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli atas kejayaannya menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, hari ini.
Menerusi hantaran di platform X, Anwar menyifatkan kejayaan pelumba berusia 18 tahun itu sebagai satu pencapaian membanggakan dan berharap beliau terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa depan.
“Tahniah Hakim Danish! Langkah masih panjang, terus cipta lebih banyak kejayaan,” katanya.

Kemenangan Hakim Danish yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu turut menamatkan penantian sedekad Malaysia untuk melihat wakil negara muncul juara dalam saingan Moto3.
Kali terakhir pelumba Malaysia meraih kemenangan dalam kategori tersebut ialah menerusi Khairul Idham Pawi yang menjuarai GP Argentina dan GP Jerman pada musim 2016.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







