Dari petak terakhir, Hakim Danish bangkit tamatkan perlumbaan di tempat ke-13
KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Hakim Danish Ramli menampilkan aksi luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 GP Amerika Syarikat (AS) dalam kelompok pungutan mata selepas melepasi garisan penamat di Litar of the Americas (COTA) di tempat ke-13, hari ini.
Lebih membanggakan, keputusan itu diperoleh selepas Hakim Danish terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-25 yang juga grid terakhir di COTA.
Kejayaan itu sekaligus membolehkan pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu meraih tiga mata kejuaraan berharga.
Perlumbaan dimenangi pelumba Itali, Guido Pini (Leopard Racing) menjuarai perlumbaan dengan pendahulu kejuaraan daripada pasukan CFMOto Aspar, Maximo Quiles meraih kedudukan naib juara.
Melengkapkan kedudukan podium perlumbaan ialah Alvaro Carpe dari Red Bull KTM Ajo.
Pelumba negara jiran Indonesia, Vega Eda Pratama (Honda Team Asia) tidak bernasib baik selepas mengalami kemalangan.
Terdahulu Hakim Danish terpaksa
mengharuni laluan sukar apabila memulakan saingan dari petak terakhir, awal pagi tadi.
Nasib malang menimpa pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu apabila dia terbabit dalam kemalangan pada sesi Kelayakan 1 (Q1) di Litar of the Americas (COTA), semalam.
Insiden berkenaan menyaksikan Hakim Danish gagal merekodkan sebarang catatan masa (No Time Set – NTS) sebelum sempat melengkapkan pusingan pantasnya.
Berdasarkan senarai grid permulaan yang dikeluarkan di laman web rasmi MotoGP, dia disahkan akan memulakan perlumbaan dari petak ke-25.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






